Guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak Khas – Selangor – Excel Qhalif

Guru bertanggungjawab membimbing dan membantu anak-anak terutama yang berkeperluan khas. Setiap sesi dijalankan selama 3 jam bersama anak-anak syurga ini. Guru juga bertanggungjawab memberi konsultasi kepada ibubapa anak-anak yang terlibat. Latihan akan diberi
Tanggungjawab Utama

– Mengendalikan kelas dengan anak-anak istimewa
– Menyediakan bahan mengajar sebelum kelas bermula
– Membantu di dalam kelas playgroup
– Kaunseling atau nasihat kepada ibubapa yang terlibat.
– Dokumentasikan kes

Jika anda seorang yang:
– Bijak dan berani
– Mempunyai sikap ingin belajar
– Berpengalaman (merupakan satu kelebihan)
– Wanita & Muslim (bujang merupakan satu kelebihan)
– Penyayang dengan kanak-kanak
– Mampu mengendali kelas dengan baik, sabar dan cekap
– Mampu memberi konsultasi kepada ibubapa
– Berwatakan ceria dan menarik
– MINIMUM: DIPLOMA IN EARLY CHILDHOOD atau PENDIDIKAN KHAS atau yang berkaitan sahaja
– Mampu berkomunikasi bahasa Malaysia dan Inggeris yang mudah difahami
anak-anak.

Info Lain-Lain
– Suasana kelas berhawa dingin dan kondusif
– LATIHAN diberi
– Gaji yang menarik (Basic + Insentif + Elaun = RM1550-RM1750-Mengikut
pengalaman dan prestasi)
– EPF & SOCSO
– Full day position
– 5 atau 6 HARI seminggu (Selasa hingga Sabtu atau Ahad. Mampu bekerja Sabtu dan Ahad secara bergiliran/berjadual. Selang seminggu)

Calon diminta MEMBACA dengan teliti semua butir diatas sebelum memohon dan
sekiranya berminat, anda boleh emel resume ke admin@excelqhalif.com.

PENTING: Sertakan juga ‘expected salary’ dan maklumat ALAMAT TERKINI dalam
resume.

Job Info:
Salary: RM 1 400 per month
Job Type: Non-Executive
Contract Type: Full-time
Experience Level: < 1 year | 1-3 years
Category: Education/Training
Job Location: Selangor (Bangi)
Application Deadline: 31 Mar 2016