Guru Tadika / Kindergarten Teacher – Selangor – iKids Childcare and Kindergarten

Guru tadika diperlukan di iKids Cyberjaya. Calon hendaklah seorang yang energetik, ceria dan mampu berkerja di dalam kumpulan. Calon hendaklah mempunyai diploma atau sarjana muda dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak daripada kolej atau universiti yang diiktiraf.
Calon hendaklah seorang yang proaktif di dalam menjaga dan mendidik kanak-kanak dan berupaya mewujudkan suasana yang kondusif untuk perkembangan minda dan fizikal kanak-kanak. Calon juga hendaklah memahami keperluan dan perkembangan emosi, sosial dan interaksi kanak-kanak di dalam membantu mereka membina kemahiran tertentu.

Calon mestilah mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris. Pengetahuan dan pengalaman di dalam bidang Montessori juga amatlah digalakkan.

Faedah:
1. Tempat tinggal disediakan
2. Latihan dan perkembangan kerjaya
3. Kenaikan gaji tahunan
4. Gaji mengikut pengalaman dan kelulusan

Calon yang berminat di kehendaki untuk menghantar CV kepada email di bawah atau lawati laman web kami di www.ikids.com.my/careers.html

Job Info:
Salary: RM 1 500 per month
Job Type: Non-Executive
Contract Type: Full-time
Experience Level: < 1 year | 1-3 years
Category: Education/Training
Job Location: Selangor (Cyberjaya)
Application Deadline: 24 Feb 2017
Email Address to Receive Resumes: saida@ikids.com.my